Search This Blog

Thursday 1 March 2018

Bagaimana hari kedua aku di hospital?

Jumaat 15/4/2016

Saiful suruh saya cabut alat jarum di tangan dia. Banyak kali suruh buang. Yang doktor pula pesan kalau terkeluar branula tu nanti terpaksa cari urat di leher suami saya. Mau tak gabra. Sepicing pun tak lena saya malam tu, mengalahkan nurse saya sama naik memantau Bp dia. Sambil tu saya genggam tangan dia, setiap kali dia nak lepas saya bilang "You sayang I kan, kalau sayang pegang tangan I kuat-kuat". Nampak macam loving kan? Sebenarnya itu tak mahu dia terus cuba tanggal branula tu dengan cara tuil di pagar katil. Sampai saya mohon nurse ikat tangan dia sebab selain hampir senget2 branula tu dia nak tampar nurse yang ambil Bp setiap satu jam tu. Separuh sedar, drowsy n sleepy.

Kesian Saiful, lengannya ada kesan pecah darah kat kulit. Alat ukur Bp seolah meramas kuat setiap kali. Pagi itu Saiful minta air, malangnya saya tak sempat menyedia apa-apa dari rumah. Botol air kesayangan pun tak bawa. Bila saya cakap kena pergi beli. Saiful sebut "Bb..bb..ag. bag", mencari beg pouchnya untuk beri saya wang. Saya cakap saya ada duit lagi, dia diam dan pejam mata. Air mata dia meleleh. Sambil berjalan keluar wad air mata yang di tahan jatuh juga. Hanya sebotol air mineral saya beli, dan bawa naik ke atas.

Menjelang tengahari jelas Saiful mula resah. Peluh merecik setiap kali saya lap, cuaca benar-benar panas.  Bpnya mula tak stabil. Dari turun dah mula naik balik, mungkin faktor ubat juga. Pelawat yang datang dia kenal semua, sekali sekala dia bergurau sedikit. Dia masih positif yang tangan dan kaki kirinya okay.

Sehingga ke malam Bp terus menaik. Bacaan Bp semua 200++. Sampai satu ketika mencecah 230 lebih tinggi dari malam kena tu. Saya mula perasan Saiful mula kurang respon. Dia banyak diam. Bila saya tanya nama saya dia cakap "tak tau", semua soalan pasal saya dan anak-anak dia angkat bahu  atau geleng kepala. Masa ni saya dah tak malu menangis depan nurse dan doktor dah bila bertanya tentang keadaan dia.

Video the girls yang saya rakam di lobi saya tunjuk. Dia tengok 1-2 saat kemudian pejam. Saya tahu dia rindukan the girls. Kerana antara kami berdua dia lebih banyak uruskan mereka. Si kakak mudah bangun kalau baba yang panggil, adik pun baba yang angkat ke kereta. Setiap pagi lepas bersiap Saiful akan suruh saya tunggu dalam kereta dan rileks. Dia akan bereskan semua dari the girls, beg-beg, check pintu tingkap dan sampah. Hantar saya ke sekolah jam 7am+, dia bawa the girls sarapan. Kalau anak berak pun dia lah, anak muntah dia lah uruskan seorang diri. Sesekali kalau cuti saya ikut sarapan mesti ada yang tegur "Oh...ini lah mak depa"...sebab saya jarang dapat bersama, the girls lebih rapat dengan baba..walaupun garang tapi Saiful stylenya lepas marah anak dia cepat sejuk. Dia akan pujuk balik, minta maaf pada anak dan kiss peluk sampai mood anak gelak-gelak balik. Rajin layan anak naik motor keliling kawasan perumahan, hari-hari siram pokok dan sapu sampah sama-sama.

Setiap kali telefon the girls akan berebut nak panggil baba, tapi no response.........dan mereka tak sedar pun apa yang jadi pada baba..sehingga ke saat ini pun. Saya belum ada peluang bercakap dari hati ke hati dengan the girls lagi. Untuk cuba terangkan pasal keadaan baba. Saya sendiri pun masih menyesuaikan diri. Doakan kami dipermudahkan urusan.....

Saya tahu ramai yang mendoakan kami bertuah dikelelilingi insan-insan yang baik. Syukur Alhamdulillah, tapi berada di sini rupanya tak mudah..fikiran pun kusut. Saya risaukan the girls, risaukan amanah dan tanggungjawab disekolah, risau Saiful di bedah emergency tengah malam, risau Saiful tak dapat bekerja. Bagaimana masa depan kami? 1001 perkara semua berlegar-legar.

Sesungguhnya setiap perkara itu tidak ada jaminan dan kepastian, kecuali janji Allah. Dan Allah telah menyediakan hal ini dari awal, telah mempersiapkan kami sebelum memberi ujian kecil ini. Kan sahabat?..... cuma sebagai pendosa saya terkial-kial dan teraba-teraba kerana khilaf.

Catatan saya untuk hari ini disini saja. Ada kelapangan saya akan sambung lagi, insyaAllah.

#pray4saiful #catatanjihasaiful #buatadikdankakak

Monday 26 February 2018

Bagaimana kisah stroke bermula

Ujian bagi kita yang ada kala terasa begitu besar, sebenarnya adalah terlalu kecil dan ringan berbanding apa yang para nabi dan rasul telah lalui. Hati saya terusik bila bait begini diucap ; kiriman kasih sayang seorang sahabat yang diduga Allah kehilangan suami.  Benar kan?

Hari kelima Saiful kena stroke, bermakna lima hari juga saya tak balik rumah. Maaf lah, saya tak catat betul-betul kronologi kejadian sejak malam tu. Sebab saya pun blurred, saya tidur awal dari orang lain.

Untuk memudahkan catatan ni dibaca saya mahu tulis ringkas. Saiful tak suka baca nota panjang-panjang, dia jenis teknikal dan praktikal. Nanti bila sedar dia kena baca semua ni. Lagipun saya kena tunggu di luar ICU, dari melayan lara baik saya tulis sesuatu.

Khamis 14/4:

-Ammar, Ghaffar, Ayyum dan abah ke homestay. Mahu mengecat, Saiful pun "I nak pi tengok sat la, nak bagi keluaq peluh sikit". The girls ikut jadi saya follow takut haru biru, posing 2-3 keping saya heret the girls balik sebab main cat.

-Ruang family rumah abah, depan TV sambil menunggu saya berFB. Mata pun dah berat. Nampak ramai-ramai dah balik, Saiful kejut suruh tidur kat tempat dia dah siapkan. Malas nak ajak balik rumah sendiri saya sambung pejam mata, the girls pun tidur.
- Terdengar suara kuat dan badan rasa goyang (Saiful kejang), saya terkejut dan jaga. Ghaffar tengah cakap dengan Saiful, dia suruh saya tidur balik. Sekali lagi dengar suara kuat, Ayyum panggil abang dia "Atan! Atan! Hang pasaipa?" Saya bingkas tengok Saiful duduk kaki berlunjur, muka dah senget. Ayyum panggil semua abang-abang dan semua dalam rumah, dalam sekelip mata pakat bersiap dan papah Saiful untuk ke hospital. Dah perasan sebelah badan Saiful lumpuh.

- Jam lebih kurang pkl 2-3am. Ammar drive dan abah di sebelah. Saya bersama Saiful di belakang, sambil ajar dia mengucap.malam tu rasa terlalu panjang. Di kecemasan BP 218/130. Result Ct Scan, Hemorrhagic Stroke, Right Intraparenchymal Bleeding.

- Ahli keluarga dia sangat risau, semua tunggu di luar bilik kecemasan sampai lah ke subuh. The girls know nothing, sekejap2 pergi vending machine, sehinggalah mak dan farhah offer nak jaga dan tidurkan both of them di balai pelawat. Penat nak jawab "Baba ni belum siap ka tok?" "Buat apa la lama sangat baba jumpa doktor ni, tak larat nak tunggu" "Mummy pi habaq baba cepat sikit boleh tak?"

-Saya okay, sehinggalah tiba masa kena sain Consent baru rasa sebak. Abah cakap "Setuju saja, kita kena redha. Doktor akan buat yang terbaik". Sebenarnya saya bingung. Orang pertama saya WhatsApp adalah sahabat wangi Lily Moha. Saya perlukan pendapat dia. Saya dah Google, dan saya tahu kondisi Saiful membimbangkan. Air mata hanya tumpah bila dengar suara ummi. Saya tunggu jam sampai ke waktu ummi selalu dah bangun, saya perlu mengadu. Rasa sakit nak pecah dada..menangis seorang diri bersandar di dinding luar bahagian kecemasan sambil mengumpul kekuatan, this is just beginning. I have to face this...

Berakhir catatan untuk malam kejadian dan di Emergency. Nanti saya sambung lagi insyaAllah.

#pray4saiful #catatanjihasaiful
#buatkakakdanadik

Tuesday 3 November 2015

RMT Rancangan Makanan Tambahan dan Murid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak setahun dua ni saya bertugas di sekolah baru. Sekaligus menjadi perintis program PPKI disekolah ini. Asalnya masa saya melapor diri hanya ada 2 murid, tapi hari ini sudah 10 orang.

Meneruskan kesinambungan di sekolah lama, program baru ini saya cuba buat perkara yang sama. Murid-murid saya akan menikmati program RMT disekolah. Tapi isunya adalah murid tak mahu makan. 

Nanti saya sambung eh

 

Sunday 1 November 2015

Pengalaman Interview HLP 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah terlalu lama tidak menulis disini. Bukan sebab tak mahu mencoret. Tapi terlupa password, dan tak tahu macamana nak trace semula. Hihi...Mujur Allah gerakkan hati untuk install Apps mobile blogger ni, sebab nak update blog kedai runcit saya tu. Jadi dapat lah buka semula blog ni.

Berbalik kepada tajuk, minggu lepas saya baru sudah menghadiri interview HLP. Sebelum tu saya nak kongsi pengalaman mohon HLP.

- Tawaran dibuka dalam bulan Jun 2015. Saya mohon dengan tawakal, sebab markah LPNT saya tak tinggi mana. Suami tetap suruh mohon walaupun tipis harapan. Saya dapatkan sokongan pentadbir dan hantar by-hand ke JPN kedah. Dari sana jabatan pelajaran uruskan untuk submit ke unit tajaan di KL kerana perlu kebenaran pengarah dulu.

- Oktober 2015, senaraipendek calon temuduga dah keluar. Saya pun semak dan nampaknya tak terpilih. Pagi esoknya saya semak semula guna laptop (semalam guna handphone) dan nama saya tiba-tiba ada. Fuhh, terkejut. Bagi saya dapat ke temuduga pun memang tak sangka. Ramai teman saya mohon cuma seorang dua yang dapat lepas interview pun. Moralnya, sila semak banyak kali. Saya rasa ada juga kes camni sebab 2-3 nama tak muncul hari temuduga.

- Saya mula membuat persiapan sebab saya ada masa hanya 1 minggu. Dan proposal saya masih berlubang. Penting juga untuk dapatkan maklumat universiti/supervisor yang bakal kita mohon.

- Tips :
1: Buat 3 salinan proposal, satu untuk diri sendiri
2: Hadam chapter 3 (methodology) anda. Dan kemungkinan method yang sesuai.

- Hari temuduga, di IPSAH SG.PETANI. Selepas mendaftar kami dikumpulkan dalam satu bilik, tiba-tiba terjejak kasih dengan teman baik disekolah lama. Ada kawan rasa kurang berdebar sikit. Alhamdulillah, "thanks Shy share macam-macam tips dengan I".
Calon PhD tak ramai, satu bilik dalam 4 orang. Saya dan Shy bilik temuduga yang sama. Mungkin tema kami sama 'background pendidikan khas'. Tiba-tiba petugas buat pengumuman calon master akan masuk secara serentak. Maknanya interview secara serentak. Tuuudiaaa aih, kami buat muka redho sajalah..nama Shy kemudiannya dipanggil.

-selepas hampir 1 jam, baru tiba giliran saya. Bila saya masuk panel dalam bilik tu minta saya perkenalkan diri. Sambil tu dia banyak bertanyakan soalan, mungkin dia asal dari Kedah jadi sesi saya sangat santai macam lepak bawak pokok tepi bendang. Sampai tak sedar dah lepas sejam.

Sebagai penutup, kesimpulannya ialah saya lega dah selesai. Saya dah buat yang terbaik, walaupun gugup sikit tapi panel banyak setuju dengan proposal saya cuma masih ada penambahbaikan untuk kajian seterusnya. Doakan yang terbaik buat saya dan semua teman-teman yang mohon HLP tahun ni ya.

Saturday 1 February 2014

Apa Kami Buat Sebagai Cikgu?

Ini gambar tahun lepas, kami buat persembahan sempena hari guru. Sebenarnya Penolong Kanan Ko-Kurikulum berjumpa saya dan buat permintaan supaya Kelas Pendidikan Khas buat satu persembahan pentas, terpulanglah mahu menyanyi atau menari. hehe.

Sementelah itu saya mahu bercerita ratio anak-anak saya ialah ramai yang lelaki dari perempuan. memang tiap-tiap tahun begitu. Dan anak-anak pula terdiri dari pelbagai latar belakang diagnos doktor. Bila saya mengisi borang online mereka seperti SISOKU, SMPK, APDM kadang-kadang pening dan nak tergelak pun ada melihat macam-macam ragam tulisan doktor. aduhaiii....bila dan berbagai latarbelakang ketidakupayaan mereka maka berbagailah juga ragam mereka. Jadi sebulan sebelum majlis tiap-tiap hari kami semua berlatih lagu 'Terima Kasih Cikgu'. setiap kali waktu latihan saya akan kumpulkan semua berbaris seperti askar dan kemudian pasangkan lagu, berkali-kali..Serius memang berkali-kali dan setiap orang dalam kelas mesti turut sama menyanyi dengan penuh semangat..huhfffffff...sampai sakit tekak cikgu-cikgu semua. Menariknya kalau cikgu nyanyi perlahan sebab penat, mereka pun sama naik perlahan kalau cikgunya menyanyi seperti naik sheikh mereka pun apa lagi seronok menyanyi. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar tapi saya dan Cikgu Nadya turut menyanyi dipentas. Cikgu Wani dan Cikgu Ros menyanyi dari bawah pentas, biasalah ada anak yang tetap tidak mahu buka mulut tapi asal tidak lari turun dari pentas cikgu-cikgu sudah happy

Tips Latih Persembahan Pentas :
1- Biasakan anak-anak dengan persembahan (lagu, lirik, dialog)
2- Wajib buat tiap-tiap hari tanpa gagal, kalau tak nanti mereka lupa
3- Buat seperti persembahan yang sebenar setiap kali, mula dari beri salam, buat persembahan dan penutup.
4- Stop sebarang aktiviti lain yang akan 'distract' mereka.
5- Beri galakan, ganjaran, pujian selepas setiap kali sesi latihan

Agaknya apa persembahan kami tahun ni pula ya?. sebenarnya bagi anak-anak ini aktiviti persebahan sekolah bukan sekadar satu persembahan tetapi disini mereka belajar mengenali diri mereka, mengawal diri, bersosial serta menggunakan kesemua domain untuk menjayakan sesuatu persembahan.

Semoga Berjaya!

Kali Pertama tapi Bukan Baru

Salam pembuka kata, post saya yang pertama selepas sekian waktu. Saya agak terkilan bila tiba-tiba rindukan blog yang tidak terusik bertahun-tahun tapi sudah tak dapat di akses kerana email saya pun sudah bertukar. Tapi Alhamdulillah ada juga hikmahnya sebab blog yang saya wujudkan tahun 2011 itu memang pelik isinya, banyak perkara negatif dan ketidakpuasan hati yang saya coretkan.Agaknya saya belum cukup 'masak' ketika itu.hehe

Alhamdulillah tahun 2014 adalah tahun yang paling gemilang dari permulaan, saya berdoa mudah-mudahan segala cita-cita, harapan dan doa tercapai. sedar tak sedar sudah 6 tahun saya bergelar pendidik. bukan sebarang pendidik. Saya memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas), bidang saya ialah bidang ini yang telah saya pilih. Mengajar insan-insan penghuni syurga yang bergelar OKU. Perjalanan saya sudah lama bermula tapi cuma kini sahaja saya baru tersedar. Bahawa saya telah banyak buang masa, saya perlu berbuat sesuatu.

Semoga kewujudan blog ini menjadi titik tolak kepada niat saya untuk 'memberi' , berkongsi pengalaman dan serba sedikit ilmu tentang bidang pendidikan khas. Semoga jika ada kawan-kawan yang sedang mencari maklumat dapat memanfaatkan apa yang saya kongsikan. Ilmu Allah itu luas, apa yang kita tahu hanya bak sekadar setitik dakwat dilautan.

Wassalamu