Search This Blog

Saturday 1 February 2014

Apa Kami Buat Sebagai Cikgu?

Ini gambar tahun lepas, kami buat persembahan sempena hari guru. Sebenarnya Penolong Kanan Ko-Kurikulum berjumpa saya dan buat permintaan supaya Kelas Pendidikan Khas buat satu persembahan pentas, terpulanglah mahu menyanyi atau menari. hehe.

Sementelah itu saya mahu bercerita ratio anak-anak saya ialah ramai yang lelaki dari perempuan. memang tiap-tiap tahun begitu. Dan anak-anak pula terdiri dari pelbagai latar belakang diagnos doktor. Bila saya mengisi borang online mereka seperti SISOKU, SMPK, APDM kadang-kadang pening dan nak tergelak pun ada melihat macam-macam ragam tulisan doktor. aduhaiii....bila dan berbagai latarbelakang ketidakupayaan mereka maka berbagailah juga ragam mereka. Jadi sebulan sebelum majlis tiap-tiap hari kami semua berlatih lagu 'Terima Kasih Cikgu'. setiap kali waktu latihan saya akan kumpulkan semua berbaris seperti askar dan kemudian pasangkan lagu, berkali-kali..Serius memang berkali-kali dan setiap orang dalam kelas mesti turut sama menyanyi dengan penuh semangat..huhfffffff...sampai sakit tekak cikgu-cikgu semua. Menariknya kalau cikgu nyanyi perlahan sebab penat, mereka pun sama naik perlahan kalau cikgunya menyanyi seperti naik sheikh mereka pun apa lagi seronok menyanyi. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar tapi saya dan Cikgu Nadya turut menyanyi dipentas. Cikgu Wani dan Cikgu Ros menyanyi dari bawah pentas, biasalah ada anak yang tetap tidak mahu buka mulut tapi asal tidak lari turun dari pentas cikgu-cikgu sudah happy

Tips Latih Persembahan Pentas :
1- Biasakan anak-anak dengan persembahan (lagu, lirik, dialog)
2- Wajib buat tiap-tiap hari tanpa gagal, kalau tak nanti mereka lupa
3- Buat seperti persembahan yang sebenar setiap kali, mula dari beri salam, buat persembahan dan penutup.
4- Stop sebarang aktiviti lain yang akan 'distract' mereka.
5- Beri galakan, ganjaran, pujian selepas setiap kali sesi latihan

Agaknya apa persembahan kami tahun ni pula ya?. sebenarnya bagi anak-anak ini aktiviti persebahan sekolah bukan sekadar satu persembahan tetapi disini mereka belajar mengenali diri mereka, mengawal diri, bersosial serta menggunakan kesemua domain untuk menjayakan sesuatu persembahan.

Semoga Berjaya!

No comments:

Post a Comment