Search This Blog

Wednesday, 4 November 2015

Kisah RMT rancangab makanan tambahan

Sambung balik.
Nilai satu hidangan RMT adalah rm2.50. Sebenarnya dah cukup best dah tu, kalau untuk sarapan nasi harga rm1.50 dengan air rm1 dah sedap dah kan?..tapi kadang-kadang pengusaha kantin pun tak serve ikut harga tu, contoh sandwich tengok memang sadis sangat.

Tak tahu lah kot memang harga barang mahal kan? Selalunya makanan RMT tak habis. Kena pujuk, paksa rela datang makan. Cikgu kena cari inisiatif nak bagi anak-anaka ni makan.

Panggil guna pembesar suara lagi tau. Berkali-kali, baru nampak muka. Pernah saya tengok sampai ada hadiah kat siapa yang makan makanan RMT hari tu. Bukan calang-calang hadiah.

1. Pensel warna
2. Pensel
3. Buku.

Sampai macamtu sekali. Apakah faktor yang menyebabkan anak-anak tak mau makan? Adakah sebab tak sedap?. Murid sekarang ni lebih advance, dan jarang jumpa yang betul-betul menyelami kesusahan keluarga. Walaupun pendapatan sikit tapi ibu bapa tetap sediakan yang terbaik untuk anak. Sebab tu anak-anak tak berapa faham nilai makanan, susah payah nak dapat rezeki seterusnya kurang menghargai rezeki.

Tulisan ni adalah pendapat peribadi saya, hasil pemerhatian dalam bidang perguruan yang baru setahun jagung.

InsyaAllah, nanti saya kongsi lagi pengalaman-pengalaman saya di sekolah.

No comments:

Post a Comment