Search This Blog

Thursday 1 March 2018

Bagaimana hari kedua aku di hospital?

Jumaat 15/4/2016

Saiful suruh saya cabut alat jarum di tangan dia. Banyak kali suruh buang. Yang doktor pula pesan kalau terkeluar branula tu nanti terpaksa cari urat di leher suami saya. Mau tak gabra. Sepicing pun tak lena saya malam tu, mengalahkan nurse saya sama naik memantau Bp dia. Sambil tu saya genggam tangan dia, setiap kali dia nak lepas saya bilang "You sayang I kan, kalau sayang pegang tangan I kuat-kuat". Nampak macam loving kan? Sebenarnya itu tak mahu dia terus cuba tanggal branula tu dengan cara tuil di pagar katil. Sampai saya mohon nurse ikat tangan dia sebab selain hampir senget2 branula tu dia nak tampar nurse yang ambil Bp setiap satu jam tu. Separuh sedar, drowsy n sleepy.

Kesian Saiful, lengannya ada kesan pecah darah kat kulit. Alat ukur Bp seolah meramas kuat setiap kali. Pagi itu Saiful minta air, malangnya saya tak sempat menyedia apa-apa dari rumah. Botol air kesayangan pun tak bawa. Bila saya cakap kena pergi beli. Saiful sebut "Bb..bb..ag. bag", mencari beg pouchnya untuk beri saya wang. Saya cakap saya ada duit lagi, dia diam dan pejam mata. Air mata dia meleleh. Sambil berjalan keluar wad air mata yang di tahan jatuh juga. Hanya sebotol air mineral saya beli, dan bawa naik ke atas.

Menjelang tengahari jelas Saiful mula resah. Peluh merecik setiap kali saya lap, cuaca benar-benar panas.  Bpnya mula tak stabil. Dari turun dah mula naik balik, mungkin faktor ubat juga. Pelawat yang datang dia kenal semua, sekali sekala dia bergurau sedikit. Dia masih positif yang tangan dan kaki kirinya okay.

Sehingga ke malam Bp terus menaik. Bacaan Bp semua 200++. Sampai satu ketika mencecah 230 lebih tinggi dari malam kena tu. Saya mula perasan Saiful mula kurang respon. Dia banyak diam. Bila saya tanya nama saya dia cakap "tak tau", semua soalan pasal saya dan anak-anak dia angkat bahu  atau geleng kepala. Masa ni saya dah tak malu menangis depan nurse dan doktor dah bila bertanya tentang keadaan dia.

Video the girls yang saya rakam di lobi saya tunjuk. Dia tengok 1-2 saat kemudian pejam. Saya tahu dia rindukan the girls. Kerana antara kami berdua dia lebih banyak uruskan mereka. Si kakak mudah bangun kalau baba yang panggil, adik pun baba yang angkat ke kereta. Setiap pagi lepas bersiap Saiful akan suruh saya tunggu dalam kereta dan rileks. Dia akan bereskan semua dari the girls, beg-beg, check pintu tingkap dan sampah. Hantar saya ke sekolah jam 7am+, dia bawa the girls sarapan. Kalau anak berak pun dia lah, anak muntah dia lah uruskan seorang diri. Sesekali kalau cuti saya ikut sarapan mesti ada yang tegur "Oh...ini lah mak depa"...sebab saya jarang dapat bersama, the girls lebih rapat dengan baba..walaupun garang tapi Saiful stylenya lepas marah anak dia cepat sejuk. Dia akan pujuk balik, minta maaf pada anak dan kiss peluk sampai mood anak gelak-gelak balik. Rajin layan anak naik motor keliling kawasan perumahan, hari-hari siram pokok dan sapu sampah sama-sama.

Setiap kali telefon the girls akan berebut nak panggil baba, tapi no response.........dan mereka tak sedar pun apa yang jadi pada baba..sehingga ke saat ini pun. Saya belum ada peluang bercakap dari hati ke hati dengan the girls lagi. Untuk cuba terangkan pasal keadaan baba. Saya sendiri pun masih menyesuaikan diri. Doakan kami dipermudahkan urusan.....

Saya tahu ramai yang mendoakan kami bertuah dikelelilingi insan-insan yang baik. Syukur Alhamdulillah, tapi berada di sini rupanya tak mudah..fikiran pun kusut. Saya risaukan the girls, risaukan amanah dan tanggungjawab disekolah, risau Saiful di bedah emergency tengah malam, risau Saiful tak dapat bekerja. Bagaimana masa depan kami? 1001 perkara semua berlegar-legar.

Sesungguhnya setiap perkara itu tidak ada jaminan dan kepastian, kecuali janji Allah. Dan Allah telah menyediakan hal ini dari awal, telah mempersiapkan kami sebelum memberi ujian kecil ini. Kan sahabat?..... cuma sebagai pendosa saya terkial-kial dan teraba-teraba kerana khilaf.

Catatan saya untuk hari ini disini saja. Ada kelapangan saya akan sambung lagi, insyaAllah.

#pray4saiful #catatanjihasaiful #buatadikdankakak

Monday 26 February 2018

Bagaimana kisah stroke bermula

Ujian bagi kita yang ada kala terasa begitu besar, sebenarnya adalah terlalu kecil dan ringan berbanding apa yang para nabi dan rasul telah lalui. Hati saya terusik bila bait begini diucap ; kiriman kasih sayang seorang sahabat yang diduga Allah kehilangan suami.  Benar kan?

Hari kelima Saiful kena stroke, bermakna lima hari juga saya tak balik rumah. Maaf lah, saya tak catat betul-betul kronologi kejadian sejak malam tu. Sebab saya pun blurred, saya tidur awal dari orang lain.

Untuk memudahkan catatan ni dibaca saya mahu tulis ringkas. Saiful tak suka baca nota panjang-panjang, dia jenis teknikal dan praktikal. Nanti bila sedar dia kena baca semua ni. Lagipun saya kena tunggu di luar ICU, dari melayan lara baik saya tulis sesuatu.

Khamis 14/4:

-Ammar, Ghaffar, Ayyum dan abah ke homestay. Mahu mengecat, Saiful pun "I nak pi tengok sat la, nak bagi keluaq peluh sikit". The girls ikut jadi saya follow takut haru biru, posing 2-3 keping saya heret the girls balik sebab main cat.

-Ruang family rumah abah, depan TV sambil menunggu saya berFB. Mata pun dah berat. Nampak ramai-ramai dah balik, Saiful kejut suruh tidur kat tempat dia dah siapkan. Malas nak ajak balik rumah sendiri saya sambung pejam mata, the girls pun tidur.
- Terdengar suara kuat dan badan rasa goyang (Saiful kejang), saya terkejut dan jaga. Ghaffar tengah cakap dengan Saiful, dia suruh saya tidur balik. Sekali lagi dengar suara kuat, Ayyum panggil abang dia "Atan! Atan! Hang pasaipa?" Saya bingkas tengok Saiful duduk kaki berlunjur, muka dah senget. Ayyum panggil semua abang-abang dan semua dalam rumah, dalam sekelip mata pakat bersiap dan papah Saiful untuk ke hospital. Dah perasan sebelah badan Saiful lumpuh.

- Jam lebih kurang pkl 2-3am. Ammar drive dan abah di sebelah. Saya bersama Saiful di belakang, sambil ajar dia mengucap.malam tu rasa terlalu panjang. Di kecemasan BP 218/130. Result Ct Scan, Hemorrhagic Stroke, Right Intraparenchymal Bleeding.

- Ahli keluarga dia sangat risau, semua tunggu di luar bilik kecemasan sampai lah ke subuh. The girls know nothing, sekejap2 pergi vending machine, sehinggalah mak dan farhah offer nak jaga dan tidurkan both of them di balai pelawat. Penat nak jawab "Baba ni belum siap ka tok?" "Buat apa la lama sangat baba jumpa doktor ni, tak larat nak tunggu" "Mummy pi habaq baba cepat sikit boleh tak?"

-Saya okay, sehinggalah tiba masa kena sain Consent baru rasa sebak. Abah cakap "Setuju saja, kita kena redha. Doktor akan buat yang terbaik". Sebenarnya saya bingung. Orang pertama saya WhatsApp adalah sahabat wangi Lily Moha. Saya perlukan pendapat dia. Saya dah Google, dan saya tahu kondisi Saiful membimbangkan. Air mata hanya tumpah bila dengar suara ummi. Saya tunggu jam sampai ke waktu ummi selalu dah bangun, saya perlu mengadu. Rasa sakit nak pecah dada..menangis seorang diri bersandar di dinding luar bahagian kecemasan sambil mengumpul kekuatan, this is just beginning. I have to face this...

Berakhir catatan untuk malam kejadian dan di Emergency. Nanti saya sambung lagi insyaAllah.

#pray4saiful #catatanjihasaiful
#buatkakakdanadik