Search This Blog

Monday 26 February 2018

Bagaimana kisah stroke bermula

Ujian bagi kita yang ada kala terasa begitu besar, sebenarnya adalah terlalu kecil dan ringan berbanding apa yang para nabi dan rasul telah lalui. Hati saya terusik bila bait begini diucap ; kiriman kasih sayang seorang sahabat yang diduga Allah kehilangan suami.  Benar kan?

Hari kelima Saiful kena stroke, bermakna lima hari juga saya tak balik rumah. Maaf lah, saya tak catat betul-betul kronologi kejadian sejak malam tu. Sebab saya pun blurred, saya tidur awal dari orang lain.

Untuk memudahkan catatan ni dibaca saya mahu tulis ringkas. Saiful tak suka baca nota panjang-panjang, dia jenis teknikal dan praktikal. Nanti bila sedar dia kena baca semua ni. Lagipun saya kena tunggu di luar ICU, dari melayan lara baik saya tulis sesuatu.

Khamis 14/4:

-Ammar, Ghaffar, Ayyum dan abah ke homestay. Mahu mengecat, Saiful pun "I nak pi tengok sat la, nak bagi keluaq peluh sikit". The girls ikut jadi saya follow takut haru biru, posing 2-3 keping saya heret the girls balik sebab main cat.

-Ruang family rumah abah, depan TV sambil menunggu saya berFB. Mata pun dah berat. Nampak ramai-ramai dah balik, Saiful kejut suruh tidur kat tempat dia dah siapkan. Malas nak ajak balik rumah sendiri saya sambung pejam mata, the girls pun tidur.
- Terdengar suara kuat dan badan rasa goyang (Saiful kejang), saya terkejut dan jaga. Ghaffar tengah cakap dengan Saiful, dia suruh saya tidur balik. Sekali lagi dengar suara kuat, Ayyum panggil abang dia "Atan! Atan! Hang pasaipa?" Saya bingkas tengok Saiful duduk kaki berlunjur, muka dah senget. Ayyum panggil semua abang-abang dan semua dalam rumah, dalam sekelip mata pakat bersiap dan papah Saiful untuk ke hospital. Dah perasan sebelah badan Saiful lumpuh.

- Jam lebih kurang pkl 2-3am. Ammar drive dan abah di sebelah. Saya bersama Saiful di belakang, sambil ajar dia mengucap.malam tu rasa terlalu panjang. Di kecemasan BP 218/130. Result Ct Scan, Hemorrhagic Stroke, Right Intraparenchymal Bleeding.

- Ahli keluarga dia sangat risau, semua tunggu di luar bilik kecemasan sampai lah ke subuh. The girls know nothing, sekejap2 pergi vending machine, sehinggalah mak dan farhah offer nak jaga dan tidurkan both of them di balai pelawat. Penat nak jawab "Baba ni belum siap ka tok?" "Buat apa la lama sangat baba jumpa doktor ni, tak larat nak tunggu" "Mummy pi habaq baba cepat sikit boleh tak?"

-Saya okay, sehinggalah tiba masa kena sain Consent baru rasa sebak. Abah cakap "Setuju saja, kita kena redha. Doktor akan buat yang terbaik". Sebenarnya saya bingung. Orang pertama saya WhatsApp adalah sahabat wangi Lily Moha. Saya perlukan pendapat dia. Saya dah Google, dan saya tahu kondisi Saiful membimbangkan. Air mata hanya tumpah bila dengar suara ummi. Saya tunggu jam sampai ke waktu ummi selalu dah bangun, saya perlu mengadu. Rasa sakit nak pecah dada..menangis seorang diri bersandar di dinding luar bahagian kecemasan sambil mengumpul kekuatan, this is just beginning. I have to face this...

Berakhir catatan untuk malam kejadian dan di Emergency. Nanti saya sambung lagi insyaAllah.

#pray4saiful #catatanjihasaiful
#buatkakakdanadik